Tuesday, July 10, 2012

CHER 2 - Sejarah Bukit Beruang

Bukit Beruang adalah satu kawasan di dalam taklukan negeri Melaka. Antara landmark terkenal di sini adalah Multimedia Universiti, iaitu sebuah universiti yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. 

Mengikut cerita orang dahulu, nama Bukit Beruang dinama kan begitu kerana wujudnya kumpulan beruang yang hidup di sana suatu ketika dahulu.

Ada juga yang mengatakan bahawa nama Bukit Beruang berasal dari nama "Bukit Ber-Wang", yakni berduit. Penduduk asal dahulu datang ke bukit ini dan telah menjumpai banyak harta karun tertanam di dalam nya. Lama kelamaan panggilan itu telah bertukar kepada Bukit "Ber-Uang"

Kesahihan cerita ini masih tidak dapat di pastikan sehingga kini. Apa yang penting ianya pasti banyak menyimpan sejarah yang bernilai.


1 comment: