Wednesday, July 11, 2012

CHER 6 - "Port" Edy

Sejarah banyak mengajar ku erti dewasa. Banyak kenangan bermula di tempat bernama "PORT EDY". Segala pahit jerih dialami di sana. Antara fungsi PORT EDY adalah - 


- TEMPAT KELEDEK
- TEMPAT LEPAK
- TEMPAT REPAIR KERETA
- TEMPAT SERVIS MOTOR
- TEMPAT WAK TONG TIDO
- TEMPAT PONTENG SEMAYANG JUMAAT
- TEMPAT MAIN GITAR
- TEMPAT MUBARAK KHATAM GORENG "Nothing Else Matters"
- TEMPAT KUDIN EJAST EHEM.....
- TEMPAT MUBARAK 1st TIME ISAP ROKOK
- TEMPAT PENEMPATAN SEMENTARA BOHSIA
- TEMPAT BERKUMPUL SEBELUM FUNCTION
- TEMPAT MAIN JUDI
- TEMPAT MINUM KOPI
- TEMPAT GADUH
- TEMPAT NGORAT AWEK PASAR MALAM
- TEMPAT POE DGN TARKOL SEMBUNYI
- TEMPAT "BERBUKA PUASA"
- TEMPAT MENGADU NASIB
- TEMPAT ORANG TAKDE MASA DEPAN.


- Selebihnya akan dihupdate kemudian.....


Owner Port - Gambar (DONT PLAY PLAY)


Tuesday, July 10, 2012

CHER 5 - Oh! Keledek - Part 2 (Keledek Jepun)

Hehehe..


Selipar jepun..
Penampar jepun..
Man Jepun??
Apa lagi yg dijepunkan ek?

Keledek jepun!!!

Sedap keledek ni..

Lagi sedap laa dari keledek tempatan..
Rasanya dh cukup manis..
Rebus letak garam skit..
Atau kukus je..
Dah boleh makan..sedap gila..
Hahaha..
Rasa dia mcm buah berangan goreng..
Betul ni..
Saya tak tipu..
Kalau tak caya.
Cuba makan keledek ni lepas tu makan berangan..
Confirm dua2 rasa adalah sama.


Biasa saya jumpa keledek ni kt Jusco Bukit Beruang
Tapi hypermarket lain pon ade kot.
Skang ni lg advance.
Pasar borong pon dah ada.
Harga tu mahal le skit compare ngan tempatan punya..
Tapi puas hati sbb mmg sedap.


Saya tk penah lak goreng.
Setakat ni mmg kukus or rebus gitu aje.

Sedapp..!

Lepas tu berangan la jap jadi Oshin.

Hahahaha.

CHER 4 - Oh! Keledek - Part 1


Keledek ...Spesis ubi..dalam bahasa inggeris sweet potato..ya..keledek memang manis. Berbagai cara beleh menikmati keenakan keledek ...drebus...dgoreng...dbakar...dbuat kuih muih..kerepek..dbuat pengat (bubur).

Ubi keledek (juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat) ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar.

Orang cina memang gemar memakan keledek dari orang melayu.Kata mereka memakan keledek boleh mengeluarkan toxic dari badan. Memang benar..tu yang kita terkentut2 lepas makan keledek.Orang kita silap..mereka x nak makan keledek..kata mereka angin..sebenar nya angin kita dlepaskan... 

Orang cina suka makan keledek dengan merebus nya. Keledek drebus dengan kulit nya macam orang kita juga. Orang melayu pula pandai / kreatif mempelbagaikan keledek kepada berjenis2 kuih muih.

Ada pelbagai jenis keledek...anda boleh layari internet untuk mengetahui nya dengan lebih lanjut.Kakchom nak bercerita tentang jenis2 yang Kakchom biasa jumpa untuk dbuat kuih.

Jenis biasa..kulit merah..isi putih..berair sikit.. harga murah
rasa manis
Jenis kulit putih kuning ..isi kuning..kering..jarang didapati
gebu dan manis
enis kulit merah maroon /kuning...isi oren..kering..mahal dari yang biasa
gebu dan manis
Jenis kulit biru kundang...isi biru kundang(purple) kering..jarang ddapati
gebu tapi kurang manis...memang mahal..

CHER 3 - Carta Organisasi Keledek Inc.

Carta rasmi organisasi. Sebarang pertukaran penambahan akan dimaklumkan oleh tuan presiden.


CHER 2 - Sejarah Bukit Beruang

Bukit Beruang adalah satu kawasan di dalam taklukan negeri Melaka. Antara landmark terkenal di sini adalah Multimedia Universiti, iaitu sebuah universiti yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. 

Mengikut cerita orang dahulu, nama Bukit Beruang dinama kan begitu kerana wujudnya kumpulan beruang yang hidup di sana suatu ketika dahulu.

Ada juga yang mengatakan bahawa nama Bukit Beruang berasal dari nama "Bukit Ber-Wang", yakni berduit. Penduduk asal dahulu datang ke bukit ini dan telah menjumpai banyak harta karun tertanam di dalam nya. Lama kelamaan panggilan itu telah bertukar kepada Bukit "Ber-Uang"

Kesahihan cerita ini masih tidak dapat di pastikan sehingga kini. Apa yang penting ianya pasti banyak menyimpan sejarah yang bernilai.


CHER 1 - Pengenalan

Hahaha..Blog ini dicipta khas untuk alumni-alumni Keledek Inc. Bukit Beruang Melaka, yang berada di bawah taklukan Port Edy. Blog yang akan menceritakan sejarah & kenangan masa lalu yang akan menggamit kembali nostalgia "kengkawan" lama. Insyallah ikatan terlerai dapat ditaut kan kembali. Enjoice! Selamat datang ke KELEDEKS.BLOGSPOT.COM.


Segala cadangan atau bahan boleh di post di ruangan komen.